- Iklan -
Luar Sana

Rusia akan tingkatkan kekuatan nuklear, kata Putin

Presiden Rusia turut umum untuk guna peluru berpandu balistik antara benua Sarmat tahun ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri konsert khas buat anggota perkhidmatan Rusia yang terlibat dalam kempen ketenteraan di Ukraine, pada malam Hari Pembela Tanah Air di Stadium Luzhniki di Moscow, 22 Februari. Gambar: Reuters
Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri konsert khas buat anggota perkhidmatan Rusia yang terlibat dalam kempen ketenteraan di Ukraine, pada malam Hari Pembela Tanah Air di Stadium Luzhniki di Moscow, 22 Februari. Gambar: Reuters

Rusia akan terus menumpukan perhatian untuk meningkatkan kekuatan nuklearnya dan akan memulakan penghantaran besar-besaran peluru berpandu hipersonik Zirkon, kata Presiden Vladimir Putin pada Khamis.

Dalam ucapan sempena cuti umum Pembela Tanah Air pada Khamis, Putin turut menjelaskan Rusia akan terus melengkapkan angkatan tenteranya dengan peralatan canggih.

Putin membuat kenyataannya dua hari selepas mengumumkan Rusia akan menggantung perjanjian New START. Perjanjian itu mengehadkan kepala peledak nuklear yang digunakan setiap negara.

“Seperti sebelum ini, kami akan beri perhatian yang lebih untuk mengukuhkan kekuatan nuklear,” kata Putin, merujuk kepada peluru berpandu nuklear berasaskan darat, laut dan udara.

Putin berkata buat pertama kalinya, peluru berpandu balistik antara benua Sarmat, senjata yang mampu membawa pelbagai kepala peledak nuklear, akan digunakan tahun ini.

"Kami akan meneruskan pengeluaran besar-besaran sistem Kinzhal hipersonik berasaskan udara dan akan membekalkan secara besar-besaran peluru berpandu hipersonik Zirkon berasaskan laut," katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.