- Iklan -
Luar Sana

6 maut, berpuluh masih hilang dalam runtuhan lombong di Mongolia

47 mangsa masih belum dapat dikesan.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan penyelamat dilihat di lombong arang batu yang runtuh di kawasan Alxa Left Banner, wilayah Mongolia, 23 Februari. Gambar: Reuters
Pasukan penyelamat dilihat di lombong arang batu yang runtuh di kawasan Alxa Left Banner, wilayah Mongolia, 23 Februari. Gambar: Reuters

Berpuluh mangsa masih hilang berikutan lombong arang batu di utara China runtuh yang mengorbankan enam orang, lapor media kerajaan. 

Operasi menyelamat melibatkan ratusan pekerja sedang dijalankan selepas cerun setinggi 180m memberi laluan di lombong terbuka di kawasan Alxa Left Banner, wilayah Mongolia pada Rabu. 

Operasi menyelamat pada mulanya ditangguhkan selepas satu lagi kejadian tanah runtuh pada hari yang sama. 

Menurut penyiar tempatan CCTV, 47 orang masih belum dapat dikesan, enam mangsa berjaya diselamatkan, manakala enam lagi meninggal dunia. 

Kementerian Pengurusan Kecemasan China menggesa "usaha sedaya upaya mencari kakitangan yang hilang tanpa berlengah-lengah, dan putus harapan untuk menemui mereka", lapor agensi berita Xinhua, hari ini.

"Menyelamatkan nyawa masih menjadi keutamaan," menurut Xinhua memetik sebuah pasukan kerja kementerian sebagai berkata, sambil menambah "usaha juga harus dibuat untuk mencegah bencana berulang". 

Rakaman dari CCTV menunjukkan pekerja penyelamat memakai pakaian berwarna oren dan topi keledar kuning berusaha untuk membersihkan beberapa serpihan. 

"Saya baru sahaja memulakan kerja apabila saya melihat serpihan jatuh ke bawah cerun. Keadaan menjadi lebih teruk dan semakin sukar," kata seorang pekerja yang diselamatkan bernama Ma Jianping kepada CCTV. 

"Kami cuba mengatur pemindahan, tetapi sudah terlambat – cerun runtuh," katanya yang sedang dirawat di hospital Ningxia. 

Media kerajaan melaporkan runtuhan itu menjejaskan "kawasan seluas" lombong yang dikendalikan oleh Syarikat Perlombongan Arang Xinjing. 

Bagaimanapun punca runtuhan masih belum dapat dikenal pasti. Menurut CCTV polis sedang menyiasat, kejadian itu manakala Xinhua melaporkan kementerian pengurusan kecemasan meminta "penyiasatan menyeluruh".