- Iklan -
Luar Sana

AS salur bantuan keselamatan tambahan AS$2 bilion kepada Ukraine

Rumah Putih ikrar terus bantu Ukraine menentang Rusia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Rumah Putih pada waktu senja di Washington, Amerika Syarikat. Gambar: AP
Rumah Putih pada waktu senja di Washington, Amerika Syarikat. Gambar: AP

Amerika Syarikat (AS) akan menyalurkan bantuan keselamatan tambahan berjumlah AS$2 bilion kepada Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan pada Khamis.

"Hari ini, Amerika Syarikat mengumumkan bantuan keselamatan sebanyak AS$2 bilion lagi kepada Ukraine bagi tujuan tertentu… memberikan Ukraine peralatan yang diperlukan untuk menang.

"Dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk mengetahui sama ada terdapat aset tambahan yang mereka perlukan," lapor Agensi Anadolu memetik Sullivan sebagai berkata di Dewan Perbandaran CNN.

Kenyataan itu dibuat sehari sebelum ulang tahun pertama krisis di Ukraine. AS juga dijangka mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia berhubung konflik itu.

Ditanya mengenai potensi penyediaan F-16 ke Ukraine, Sullivan berkata jet pejuang itu bukan keupayaan utama untuk keperluan Ukraine.

Sebelum ini, Presiden Joe Biden mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Kyiv pada Isnin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.