- Iklan -
Luar Sana

China dakwa AS enggan kongsi maklumat tentang belon China ditembak

Republik komunis dakwa AS "bertindak sendiri, secara curi-curi."

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melihat ke bawah pada belon China yang disyaki sebagai alat pengintip ketika ia berlegar di atas benua tengah AS pada 3 Februari, dalam gambar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS pada 22 Februari. Gambar: Reuters
Juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melihat ke bawah pada belon China yang disyaki sebagai alat pengintip ketika ia berlegar di atas benua tengah AS pada 3 Februari, dalam gambar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS pada 22 Februari. Gambar: Reuters

Kementerian Luar China pada Jumaat berkata Amerika Syarikat (AS) enggan menjawab permintaan China untuk mendapatkan maklumat mengenai belon yang ditembak jatuh di pantai Carolina Selatan awal bulan ini.

Belon China itu, yang dinafikan Beijing sebagai alat pengintip, terbang di ruang udara AS dan Kanada selama seminggu sebelum Presiden AS Joe Biden mengarahkannya ditembak jatuh. Episod itu mengeruhkan lagi hubungan antara Washington dan Beijing, menyebabkan diplomat tertinggi AS menangguhkan lawatan ke China.

"AS, sejak mendapatkan (belon) itu hingga analisis serpihan (belon), telah bertindak secara sendiri sepenuhnya dan secara curi-curi," kata jurucakap kementerian luar Wang Wenbin pada satu taklimat media.

"Awal-awal lagi, China, melalui saluran konsular yang dilindungi jelas menuntut AS memaklumkan (China) mengenai kemajuan (pemulihan belon), tetapi AS enggan menjawab."

Komen Wang dikeluarkan sebagai jawapan kepada soalan mengenai siasatan AS yang sedang dijalankan terhadap belon itu.

China berkata belon pengintip yang dikatakan itu sebenarnya adalah belon udara awam yang digunakan untuk tujuan meteorologi, dan ia secara tidak sengaja diterbangkan ke ruang udara AS.

AS berkata makmal Biro Penyiasatan Persekutuan di Virginia sedang menganalisis serpihan belon itu atas dakwaan "eksploitasi kontra perisikan."

Kedua-dua Jabatan Negara dan Pentagon berkata mereka telah menghubungi rakan sejawatan mereka dari China selepas belon pengintip yang disyaki itu ditembak jatuh pada 4 Februari, dalam usaha untuk memastikan talian komunikasi terbuka.

Kementerian pertahanan China kemudiannya berkata ia menolak cadangan panggilan telefon dengan Pentagon kerana AS tidak mewujudkan "suasana yang sesuai".