10 maut, 23 cedera rusuhan di Highland Papua
Jurucakap polis Berkata rusuhan dicetuskan oleh khabar angin mengenai penculikan seorang budak.
Terkini
Jumlah mangsa yang terkorban dalam insiden rusuhan di Highland Papua, Indonesia meningkat kepada 10 orang pada Jumaat dengan 23 orang lagi cedera, menurut polis tempatan.
Jurucakap polis wilayah Papua Ignatius Benny Ady Prabowo berkata rusuhan di wilayah yang baharu diwujudkan itu dicetuskan oleh khabar angin mengenai seorang kanak-kanak telah diculik.
Sebanyak 21 rumah dan kedai di provinsi Jayawijaya dibakar pada Khamis, kata jurucakap itu, lapor Xinhua.
Beliau berkata anggota polis dan tentera berjaya mengawal keadaan beberapa jam selepas rusuhan meletus.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.