- Iklan -
Luar Sana

Moscow dakwa AS cuba ganggu hubungan Rusia-Afrika

AS dan Barat sentiasa mengadakan kempen untui mengasingkan Moscow, kata timbalan menteri luar Rusia.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Rusia Vladimir Putin ketika sidang media di Moscow, 22 Disember 2022. Gambar: Reuters
Presiden Rusia Vladimir Putin ketika sidang media di Moscow, 22 Disember 2022. Gambar: Reuters

Amerika Syarikat (AS) "melakukan tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini" ke atas negara-negara Afrika, termasuk cuba mengganggu sidang kemuncak Rusia-Afrika, menurut timbalan menteri luar Rusia dipetik sebagai berkata pada Sabtu.

Presiden Vladimir Putin akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Rusia-Afrika kedua pada Julai di St. Petersburg, yang bertujuan untuk menggariskan percubaannya untuk memenangi hati negara Afrika selepas dikenakan sekatan oleh Barat kerana pencerobohannya di Ukraine setahun lalu.

Timbalan Menteri Luar Mikhail Bogdanov, yang dipetik oleh agensi TASS negeri mengulangi tuduhan Moscow mengenai "kolektif Barat" mengadakan kempen untuk mengasingkan Moscow.

"Amerika Syarikat dan sekutunya sedang menjalankan kempen yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk pengasingan politik dan ekonomi Rusia, termasuk gangguan sidang kemuncak kedua Rusia-Afrika di St. Petersburg," kata Bogdanov kepada TASS.

Moscow menggelarkan pencerobohannya ke atas Ukraine sebagai "operasi ketenteraan khas". Sebaliknya, Kyiv dan sekutu Baratnya menuduh ia pencerobohan imperialistik untuk merampas tanah.

"Sejak permulaan operasi ketenteraan khas, kolektif Barat meningkatkan tekanan dengan ketara ke atas negara-negara Afrika - melalui ancaman sekatan, penamatan bantuan kewangan dan kemanusiaan," kata Bogdanov.

Sejak permulaan perang, yang telah membunuh ribuan orang selain jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal, Moscow telah beralih ke China, India - dan negara-negara Afrika, untuk merapakat lagi hubungan.

Afrika Selatan mengadakan latihan ketenteraan selama 10 hari dengan tentera Rusia dan China. Malah kumpulan Wagner, tentera upahan Rusia, dikerahkan menentang pemberontak di Mali dan Afrika Tengah.

Presiden AS Joe Biden menjadi tuan rumah sidang kemuncak pemimpin AS-Afrika pada 2022 di Washington, bertujuan untuk memperkukuh pakatan di tengah-tengah kehadiran Rusia dan China yang semakin meningkat di benua itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.