- Iklan -
Luar Sana

30 lemas kapal bawa pendatang karam di selatan Itali

Mayat ditemukan di pantai di Cutro di wilayah Crotone di Calabria dan di laut, menurut laporan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangkai kapal kelihatan di sepanjang pantai di mana beberapa mayat dipercayai pelarian ditemui selepas ianya karam, di Cutro, wilayah Calabria di Itali, 26 Februari. Gambar: Reuters
Bangkai kapal kelihatan di sepanjang pantai di mana beberapa mayat dipercayai pelarian ditemui selepas ianya karam, di Cutro, wilayah Calabria di Itali, 26 Februari. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 30 orang lemas apabila kapal yang membawa pendatang karam di pantai selatan Itali, menurut laporan media yang memetik kenyataan polis.

Mayat ditemukan di pantai di Cutro di wilayah Crotone di Calabria dan di laut, lapor dpa memetik laporan Agensi Berita ANSA pada Ahad.

Setiap tahun ramai pendatang membuat pelayaran berbahaya dari Afrika Utara melalui Mediterranean menuju ke Itali dan Malta untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Bot yang mereka naiki selalulnya melebihi muatan dan tidak memenuhi aspek keselamatan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi