Hampir 60 maut angkara hujan lebar banjir, tanah runtuh di Brazil
Lebih 760 orang hilang tempat tinggal di Sao Paulo dengan 1,730 penduduk dipindahkan, menurut pihak berkuasa.
Terkini
Hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo, Brazil menyebabkan hampir 60 orang terkorban, lapor media Brazil.
Angka kematian sehingga Jumaat sebanyak 54 orang dengan 53 kematian direkodkan di kawasan perbandaran Sao Sebastiao.
Menurut Sputnik, angka kematian meningkat kepada 59 orang, misi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari ketujuh dengan lebih 150 pakar terlibat.
Menurut pihak berkuasa Sao Paulo, lebih 760 orang hilang tempat tinggal di wilayah itu sejak banjir dan tanah runtuh berlaku hujung minggu lepas manakala 1,730 penduduk dipindahkan.
Gabenor Sao Paulo Tarcisio Gomes de Freitas mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.