- Iklan -
Luar Sana

Nasa, SpaceX tangguh hantar kru ke stesen angkasa pada saat akhir

Terdapat masalah teknikal pada aliran cecair pencucuh yang digunakan untuk membantu menghidupkan enjin kapal angkasa, Roket Falcon 9 akan dilancarkan semula pada Selasa.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Roket Falcon 9 dilihat sebelum pelancaran misi SpaceX Crew-6 Nasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat, 27 Februari 2023. Gambar: Reuters
Roket Falcon 9 dilihat sebelum pelancaran misi SpaceX Crew-6 Nasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat, 27 Februari 2023. Gambar: Reuters

Nasa dan SpaceX pada Isnin menangguhkan penghantaran dua angkasawan Amerika Syarikat (AS), angkasawan Rusia dan anak kapal Emiriah Arab Bersatu (UAE) beberapa minit sebelum mereka dijadualkan berlepas dari Florida ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Agensi angkasa lepas AS dan SpaceX, syarikat yang diasaskan Elon Musk, memetik masalah teknikal pada aliran cecair pencucuh yang digunakan untuk membantu menghidupkan enjin kapal angkasa.

Kiraan detik kelihatan berjalan lancar sehingga kira-kira dua setengah minit sebelum berlepas, apabila Nasa mengumumkan dalam siaran langsungnya bahawa pelancaran empat anak kapal dalam misi sains selama enam bulan akan ditangguhkan.

Roket SpaceX Falcon 9 dengan kapsul Crew Dragon dijadualkan berlepas pada 1.45 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida.

Pelancaran roket akan ditetapkan semula pada awal Selasa, kira-kira 24 jam dari percubaan awal.

Baik Nasa mahupun SpaceX tidak segera menyatakan berapa lama masa yang diperlukan sebelum mereka bersedia untuk mencuba lagi. 

Sekiranya pelancaran pada Isnin berjaya, kru dijangka mengambil masa kira-kira 25 jam untuk sampai ke destinasi mereka di ISS, sebuah makmal yang mengorbit kira-kira 420km di atas Bumi.

Ditetapkan Krew 6, misi itu akan membawa pasukan ISS jangka panjang keenam yang Nasa telah terbangkan di atas SpaceX sejak syarikat Musk yang berpangkalan di California mula menghantar angkasawan Amerika ke orbit pada Mei 2020.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.