- Iklan -
Luar Sana

Pembekalan senjata kepada Kyiv ancam malapetaka nuklear, kata bekas presiden Rusia

Senjata yang dibekalkan Barat menghalang sebarang kemungkinan untuk menghidupkan semula rundingan, kata Medvedev.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Dmitry Medvedev, bekas presiden Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Rusia. Gambar: AFP
Dmitry Medvedev, bekas presiden Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Rusia. Gambar: AFP

Bekalan senjata yang diberikan kepada Kyiv berisiko bencana nuklear global, kata bekas presiden Rusia dan sekutu presiden Vladimir Putin pada Isnin, mengulangi ancaman perang nuklear ke atas Ukraine.

Retorik malapetaka Dmitry Medvedev dilihat sebagai percubaan untuk menghalang pakatan tentera Nato yang dikepalai Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat Kyiv daripada terlibat secara lebih mendalam dalam perang yang telah menyebabkan Moscow mundur dari medan perang.

Kenyataan Medvedev yang juga timbalan pengerusi majlis keselamatan Rusia, dibuat selepas Putin pada minggu lepas memberi amaran nuklear selain komennya pada Ahad yang menyatakan konfrontasi Moscow dengan Barat sebagai pertempuran untuk kelangsungan hidup Rusia dan rakyat Rusia.

"Sudah tentu, pembekalan senjata boleh diteruskan... dan menghalang sebarang kemungkinan untuk menghidupkan semula rundingan," kata Medvedev dalam kenyataan yang diterbitkan dalam akhbar harian Izvestia.

"Musuh kita buat perkara itu, tidak mahu fahami bahawa matlamat mereka pasti akan membawa kepada kegagalan. Kerugian untuk semua orang. Keruntuhan. Malapetaka. Di mana anda sudah lupa selama berabad-abad tentang kehidupan lama anda, sehingga runtuhan memancarkan radiasi."

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.