- Iklan -
Luar Sana

China dan Rusia bekerjasama isu keselamatan di rantau Asia

Moscow dan Beijing turut bersetuju untuk memperhebatkan kerjasama berdasarkan keadaan semasa, menurut Kementerian Luar China.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera China dan Rusia. Gambar: Reuters
Bendera China dan Rusia. Gambar: Reuters

China dan Rusia bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan dan keselamatan di rantau Asia menerusi rundingan pusingan baharu antara kedua-dua pihak, lapor Sputnik memetik Kementerian Luar China pada Selasa.

"Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai situasi di rantau Asia, kerjasama serantau dan isu-isu lain yang mempunyai kepentingan bersama serta bersetuju untuk memperhebatkan kerjasama berdasarkan keadaan semasa, di samping bersama-sama menyediakan keselamatan dan pembangunan di rantau ini," menurut kenyataan Kementerian Luar China.

Rundingan dua hala itu diadakan di Beijing pada Isnin dan dipengerusikan secara bersama oleh Liu Jinsong, pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Kementerian Luar China, dan Alexey Ovchinnikov, pengarah Jabatan Kerjasama Asia dan Pasifik Kementerian Luar Rusia.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.