2 maut, 140 cedera dalam gempa bumi terbaru di Turkiye
Seramai 40 mangsa dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.
Terkini
Dua orang maut manakala 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye kelmarin, menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye, semalam.
Seramai 40 mangsa dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius, menurut AFAD dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Gempa bumi dengan kedalaman 6.96 kilometer, berpusat di daerah Yesilyurt.
Wilayah Malatya adalah antara 10 wilayah di Turkiye yang dilanda bencana dahsyat pada 6 Februari, hingga mengorbankan lebih 44,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.