- Iklan -
Luar Sana

26 maut, kereta api bertembung di utara Greece

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan, menurut Bomba.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Lokasi kejadian nahas kereta api penumpang dan tren kargo di perbandaran Elassona utara Greece. Gambar: Reuters
Lokasi kejadian nahas kereta api penumpang dan tren kargo di perbandaran Elassona utara Greece. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 26 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis berkata daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan.

Sebanyak 30 ambulans dihantar ke tempat kejadian, katanya.