- Iklan -
Luar Sana

Angka korban akibat gempa bumi di Turkiye melebihi 45,000, menurut pihak berkuasa

Gempa bumi dan gegaran susulan mencederakan lebih 108,000 di Turkiye dan menyebabkan berjuta-juta penduduk terpaksa berteduh di dalam khemah atau berusaha untuk berpindah ke bandar lain.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pangsapuri dan beberapa kediaman penduduk musnah akibat gempa bumi di Antakya, wilayah Hatay, Turki, 20 Februari. Gambar: Reuters
Pangsapuri dan beberapa kediaman penduduk musnah akibat gempa bumi di Antakya, wilayah Hatay, Turki, 20 Februari. Gambar: Reuters

Angka korban akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye bulan lalu meningkat kepada 45,089, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan termasuk Syria kepada kira-kira 51,000. 

Gempa bumi dan gegaran susulan mencederakan lebih 108,000 di Turki dan menyebabkan berjuta-juta penduduk terpaksa berteduh di dalam khemah atau berusaha untuk berpindah ke bandar lain. 

Presiden Recep Tayyip Erdogan berjanji untuk membina semula rumah dalam tempoh setahun tetapi ia akan mengambil masa yang lama sebelum ribuan penduduk dapat berpindah ke penempatan kekal.

Erdogan sepatutnya menyampaikan ucapan kepada parti pemerintah AK di Parlimen pada 9 pagi waktu tempatan, dengan agend tertumpu pada isu gempa bumi dan pilihan raya presiden serta Parlimen.

Pilihan raya dijangka berlangsung menjelang Jun dan ia memberi cabaran politik terbesar kepada Erdogan dalam pemerintahannya selama dua dekad. 

Lebih 160,000 bangunan di Turkiye membabitkan 520,000 pangsapuri runtuh atau rosak teruk dalam bencana terburuk dalam sejarah moden negara itu.

Kira-kira dua juta orang didaftarkan sebagai pelarian yang meninggal negara itu selepas lebih 11,000 gegaran susulan sejak gempa awal, menurut AFAD dalam satu kenyataan. 

Menurut agensi bencana itu, mereka sudah memasang lebih 350,000 khemah di 332 tempat di seluruh rantau ini, manakala penempatan perumahan kontena sedang diwujudkan di 162 lokasi. 

Semalam, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada Ankara dalam menghadapi bencana itu. 

Turkiye sudah "melakukan yang terbaik" tetapi masih memerlukan sokongan antarabangsa untuk membantu mangsa, kata Tedros.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.