- Iklan -
Luar Sana

Greta Thunberg ditahan polis Norway semasa protes

Aktivis alam sekitar itu ditahan bersama yang lain ketika mereka menghalang salah satu pintu masuk kementerian kewangan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Aktivis Greta Thunberg ketika protes di Oslo yang menuntut kerajaan Norway membuang turbin angin di Fosen, tengah Norway, 27 Februari. Gambar: Reuters
Aktivis Greta Thunberg ketika protes di Oslo yang menuntut kerajaan Norway membuang turbin angin di Fosen, tengah Norway, 27 Februari. Gambar: Reuters

Polis Norway pada Rabu menahan aktivis alam sekitar Greta Thunberg semasa tunjuk perasaan di Oslo, kata seorang saksi.

Para aktivis orang asli dan lain-lain menuntut kerajaan membuang turbin angin di padang rumput di Norway, membantah sejak beberapa hari selain menyekat akses ke beberapa bangunan kerajaan.

Thunberg dan lain-lain yang menghalang salah satu pintu Kementerian Kewangan Norway di bawa keluar dari kawasan itu oleh pegawai polis ketika penunjuk perasaan lain menjeritkan slogan.

Pada 2021 Mahkamah Agung Norway memutuskan bahawa dua ladang angin yang dibina di Fosen di tengah Norway melanggar hak asasi golongan Sami di bawah konvensyen antarabangsa. Namun turbin itu kekal beroperasi selepas lebih 16 bulan kemudian.