- Iklan -
Luar Sana

Iran minta sekatan anti Syria ditamatkan

Iran juga meminta bantuan kemanusiaan ditingkatkan bagi mengurangkan kesan akibat bencana yang berlaku di negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pesawat bantuan kemanusiaan Arab Saudi mendarat di Aleppo, dalam usaha membantu mangsa gempa bumi di Syria, 14 Februari. Gambar: Reuters
Pesawat bantuan kemanusiaan Arab Saudi mendarat di Aleppo, dalam usaha membantu mangsa gempa bumi di Syria, 14 Februari. Gambar: Reuters

Iran meminta sekatan anti Syria ditamatkan serta-merta dan tanpa mengenakan sebarang syarat, ekoran gempa bumi dahsyat melanda negara itu awal bulan lalu.

Duta tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir-Saeed Iravani juga meminta bantuan kemanusiaan ditingkatkan bagi mengurangkan bencana kemanusiaan yang berlaku di negara itu.

“Gempa dahsyat baru-baru ini meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sebelum ini wujud, disebabkan semua infrastruktur di Syria musnah dan situasi ini menjejaskan keupayaan rakyat untuk mendapatkan akses kepada keperluan asas,” Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik kenyataannya ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di Syria pada Selasa.

Diplomat kanan itu menambah bahawa peningkatan bantuan kemanusiaan tanpa sebarang agenda politik, dan penamatan sekatan adalah perlu bagi memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada golongan yang memerlukan ekoran keadaan yang semakin sukar di negara itu.

Iravani berkata bahawa Iran adalah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Syria dan Turkiye dengan kapasiti penuh.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.