- Iklan -
Luar Sana

AS selar kenyataan menteri Israel hapuskan perkampungan Palestin

Jurucakap Jabatan Negara Ned Price menggesa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu. ​

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berjalan di antara kereta yang hangus terbakar akibat keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel, berdekatan Hawara di Tebing Barat, 27 Februari. Gambar: Reuters
Seorang lelaki berjalan di antara kereta yang hangus terbakar akibat keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel, berdekatan Hawara di Tebing Barat, 27 Februari. Gambar: Reuters

Amerika Syarikat menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel supaya menghapuskan perkampungan Hawara di Palestin dan menyifatkan ia sebagai "tidak bertanggungjawab" dan "menjijikkan".

“Sama seperti kami mengecam tindakan Palestin menghasut lakukan keganasan, kami juga mengutuk kenyataan provokasi ini yang sama seperti hasutan keganasan,” lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Jabatan Negara Ned Price.

Beliau menggesa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu. ​

Menteri Kewangan Bezalel Smotrich berkata Huwara harus "dihapuskan" selepas keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.