- Iklan -
Luar Sana

Iran mahu tingkatkan hubungan dengan semua negara, kata presiden

Ia akan dilaksanakan berdasarkan tiga prinsip iaitu maruah, kebijaksanaan dan kesesuaian, kata Ebrahim Raisi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Iran Ebrahim Raisi melambai semasa ulang tahun ke-44 Revolusi Islam di Tehran, Iran, 11 Februari 2023. Gambar: Reuters
Presiden Iran Ebrahim Raisi melambai semasa ulang tahun ke-44 Revolusi Islam di Tehran, Iran, 11 Februari 2023. Gambar: Reuters

Presiden Iran Ebrahim Raisi berkata dasar luar pentadbirannya adalah menumpukan kepada meningkatkan hubungan dengan semua negara berdasarkan tiga prinsip iaitu “maruah, kebijaksanaan dan kesesuaian”.

“Pendirian utama dasar luar kerajaan ialah meningkatkan hubungan dengan semua negara di seluruh dunia berdasarkan tiga prinsip iaitu maruah, kebijaksanaan dan kesesuaian,” kata Raisi pada pertemuan dengan duta yang baharu dilantik pada Rabu, lapor IRNA.

Beliau turut menasihatkan duta-dua itu untuk mengutamakan memperluas hubungan ekonomi dengan negara yang menjadi tuan rumah misi diplomatik Iran kerana "keutamaan kerajaan adalah untuk meningkatkan kuasa ekonomi".

Presiden juga mahu para duta memberi perhatian kepada nilai Revolusi Islam dan berusaha untuk melindungi kepentingan negara. 

Iran baru-baru ini telah melantik duta baharu yang akan dihantar ke Algeria, Burkina Faso, Jepun dan Kazakhstan, Switzerland, Greece, Belarus, Croatia dan Sepanyol.