- Iklan -
Luar Sana

Taiwan lapor pencerobohan China ke zon pertahanan udaranya buat hari kedua

Kementerian pertahanan Taiwan berkata dalam tempoh 24 jam lalu ia telah memerhati 21 pesawat China.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar ilustrasi pesawat dan kapal tentera China yang mendekat Taiwan. Gambar: Reuters
Gambar ilustrasi pesawat dan kapal tentera China yang mendekat Taiwan. Gambar: Reuters

Taiwan pada Khamis melaporkan pencerobohan tentera udara China berskala besar ke dalam zon pertahanan udaranya buat hari kedua berturut-turut sebagai sebahagian daripada kempen tekanan ketenteraan Beijing yang sedang berlangsung.

Kementerian pertahanan Taiwan berkata dalam tempoh 24 jam lalu ia telah memerhati 21 pesawat. 

Sejak tiga tahun lepas Taiwan kerap melaporkan peningkatan aktiviti ketenteraan China dekat ruang udara dan lautnya, ketika Beijing berusaha menegaskan tuntutan kedaulatannya.

China sebaliknya berkata aktivitinya di kawasan itu adalah wajar kerana ia berusaha mempertahankan integriti wilayahnya dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak "bersubahat" dengan Taiwan.

Kementerian pertahanan Taiwan berkata 17 jet pejuang J-10 dan empat jet pejuang J-16 terbang ke barat daya zon pertahanan udara Taiwan, menurut peta yang dikeluarkan kementerian itu.

J-10, model pejuang lama yang mula beroperasi dua dekad lalu, terbang lebih dekat ke pantai China berbanding Taiwan, manakala J-16, pesawat pejuang yang lebih baru dan lebih maju, terbang di kawasan di timur laut dekat Kepulauan Pratas yang dikawal Taiwan, menurut peta yang ditunjukkan.

Pratas terletak secara strategik di bahagian atas Laut China Selatan dan banyak pesawat China terbang berdekatan situ.

Tentera Taiwan memantau keadaan, termasuk menghantar pesawat tentera udaranya sendiri, tambah kementerian itu, menggunakan ungkapan biasa untuk tindak balasnya terhadap pencerobohan China sedemikian.

Kementerian pada Rabu melaporkan 19 pesawat China terbang di zon pertahanan udara Taiwan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.