- Iklan -
Luar Sana

Ukraine nafi terlibat serangan dron di Rusia

Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa sistem tentera elektronik Rusia memusnahkan dron Ukraine yang cuba menyerang kemudahan awam di Krasnodar dan Adygea, dekat Moscow.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang tentera Ukraine berdiri berhampiran kenderaan tentera, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, di bandar Bakhmut di wilayah Donetsk, Ukraine, 19 Februari. Gambar: Reuters
Seorang tentera Ukraine berdiri berhampiran kenderaan tentera, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, di bandar Bakhmut di wilayah Donetsk, Ukraine, 19 Februari. Gambar: Reuters

Kiyv menafikan penglibatan dalam serangan dron terhadap kemudahan infrastruktur di wilayah Rusia, lapor Sputnik, memetik penasihat presiden Ukraine Mykhailo Podolyak pada Rabu.

"Ukraine tidak menyerang wilayah RF (Rusia)," kata Podolyak menerusi ciapannya di Twitter.

Pada Selasa, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa bahawa sistem tentera elektronik Rusia memusnahkan dron Ukraine yang cuba menyerang kemudahan awam di Krasnodar dan Adygea.

Gabenor Wilayah Moscow, Andrey Vorobyov pada Selasa berkata bahawa sebuah dron jatuh di daerah Kolomensky, Moscow. 

Pihak berkuasa memberitahu Sputnik bahawa dron berkenaan jatuh berhampiran sebuah stesen minyak.

Alexander Bastrykin, ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, mengarahkan siasatan ke atas insiden itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.