- Iklan -
Luar Sana

Rusia, Turkiye bincang perjanjian bijirin Laut Hitam

Masa depan eksport bijirin Ukraine melalui pelabuhan Laut Hitam dan usaha untuk menormalkan hubungan Turkiye-Syria turut dibincangkan dua menteri luar tersebut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov (kanan) dan rakan sejawatannya dari Turkiye Mevlut Cavusoglu. Gambar: Reuters
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov (kanan) dan rakan sejawatannya dari Turkiye Mevlut Cavusoglu. Gambar: Reuters

Rusia dan Turkiye pada Rabu mengadakan perbincangan mengenai inisiatif bijirin Laut Hitam serta kerjasama politik dan ekonomi termasuk mengenai bantuan gempa bumi.

Pertemuan antara Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan rakan sejawatannya dari Turkiye Mevlut Cavusoglu diadakan di luar mesyuarat menteri-menteri luar G-20 di New Delhi, menurut Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan.

Selain itu, masa depan eksport bijirin Ukraine melalui pelabuhan Laut Hitam dan usaha untuk menormalkan hubungan Turkiye-Syria turut dibincangkan.

Perjanjian bijirin Ukraine yang diuruskan oleh Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan diperbaharui pada 18 Mac. Ia ditandatangani pada Julai 2022 dan dilanjutkan pada November.

"Semasa membincangkan masa depan inisiatif bijirin Laut Hitam, menteri luar Rusia berkata perjanjian pakej bijirin boleh diteruskan hanya dengan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan pengeluar pertanian dan baja Rusia, terutama akses percuma mereka ke pasaran dunia.

"Mereka memberi perhatian khusus kepada usaha negara berkepentingan di rantau ini untuk menormalkan hubungan Turkiye-Syria sambil meningkatkan usaha untuk menghapuskan ancaman pengganas di Syria," menurut kenyataan itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.