- Iklan -
Luar Sana

Zelensky intai peluang bincang penyertaan Ukraine sebagai anggota EU

Pada Jun lalu, EU berikan status calon kepada Ukraine untuk menyertai blok itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ketika sidang kemuncak pemimpin Eropah, di tengah-tengah lawatan antarabangsa keduanya sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, di Brussels, Belgium, 9 Februari. Gambar: Reuters

Ukraine sedang mengintai untuk memulakan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun ini, berhubung penyertaan negara itu sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU), kata Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu.

Bercakap pada pertemuan dengan Presiden Parlimen Eropah Roberta Metsola di bandar Lviv, Zelensky mengucapkan terima kasih kepada pegawai EU kerana menyokong Ukraine dan mengenakan sekatan ke atas Rusia sambil menyeru untuk mengukuhkan lagi langkah sekatan terhadap Moscow.

“Ukraine sedang berusaha untuk menyelesaikan pelaksanaan cadangan Suruhanjaya Eropah secepat mungkin dan memulakan rundingan menyertai EU tahun ini,” katanya, lapor Agensi Anadolu. 

Blok 27 negara itu memberikan status calon kepada Ukraine pada Jun lalu.