- Iklan -
Luar Sana

Lumpuhkan kerajaan sasaran utama protes kesatuan sekerja Perancis

Mogok puluhan kesatuan itu sebagai membantah pembaharuan pencen yang diperkenalkan kerajaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penunjuk perasaan bertopeng memegang sepanduk bertulis "Macron, pemusnah abad ini" semasa tunjuk perasaan menentang rancangan pembaharuan pencen kerajaan Perancis di Paris, Perancis, 16 Februari. Gambar: Reuters
Seorang penunjuk perasaan bertopeng memegang sepanduk bertulis "Macron, pemusnah abad ini" semasa tunjuk perasaan menentang rancangan pembaharuan pencen kerajaan Perancis di Paris, Perancis, 16 Februari. Gambar: Reuters

Kesatuan sekerja Perancis menyasarkan untuk melumpuhkan kerajaan menerusi mogok yang diadakan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Mogok itu melibatkan kesatuan pengangkutan udara dan kereta api, sekolah, sektor tenaga dan kutipan sampah sebagai membantah pembaharuan pencen yang diperkenalkan kerajaan. 

Pembaharuan pencen menjadi antara agenda penting kepada kerajaan pimpinan presiden Emmanuel Macron.

Umur berpencen ketika ini ialah 62 tahun dan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kepada 64 tahun.

Selain meningkatkan umur berpencen, kerajaan juga mahu menambah jumlah caruman pencen bulanan iaitu minimum sebanyak €1,200 (AS$1,300 atau kira-kira RM5,816.85).

Ramai kakitangan di Perancis sudah bekerja melebihi umur 62 tahun kerana tidak cukup membat caruman untuk mendapatkan pencen penuh.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.