- Iklan -
Luar Sana

17 maut, lebih 100 cedera insiden letupan di Bangladesh

Letupan menyebabkan dua bangunan setinggi tujuh tingkat dan lima tingkat yang terletak di kawasan Siddique Bazar di Dhaka mengalami kerosakan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota bomba dan penyelamat di tapak letupan di sebuah bangunan di Dhaka, Bangladesh, 7 Mac. Gambar: Reuters
Anggota bomba dan penyelamat di tapak letupan di sebuah bangunan di Dhaka, Bangladesh, 7 Mac. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah bangunan komersial di Dhaka, Bangladesh pada Selasa, lapor Xinhua.

Pengarah Dhaka Medical College Hospital, Brigadier Jeneral Md Nazmul Haque, berkata lebih 100 orang dirawat di hospital dengan sebahagian daripada mereka berada di unit rawatan rapi.

Sekurang-kurangnya 11 jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Letupan menyebabkan dua bangunan setinggi tujuh tingkat dan lima tingkat yang terletak di kawasan Siddique Bazar mengalami kerosakan. 

Kejadian berlaku kira-kira 4.50 petang waktu tempatan. 

Punca letupan masih belum dapat dipastikan. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.