- Iklan -
Luar Sana

Siklon Tropika Freddy badai Madagascar, jumlah kematian meningkat kepada 10

Seramai 24,358 penduduk hilang tempat tinggal, manakala 16,367 daripadanya telah ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Taufan Freddy melanda Belle Mare, Mauritius, 20 Februari, dalam tangkap layar daripada video media sosial. Gambar: Reuters
Taufan Freddy melanda Belle Mare, Mauritius, 20 Februari, dalam tangkap layar daripada video media sosial. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh manakala tiga lagi masih hilang selepas Siklon Tropika Freddy kembali membadai pantai barat daya Madagascar, menurut Pejabat Kebangsaan Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan (BNGRC) pada Rabu.

Secara keseluruhan 17 orang disahkan terkorban di Madagascar sejak Freddy mula melanda pulau itu pada Februari sebelum bergerak ke pantai Mozambique, lapor Xinhua.

Siklon itu kemudiannya kembali membadai pantai Malagasi hujung minggu lalu, dengan 72,351 orang di lima wilayah dilaporkan terjejas.

Seramai 24,358 penduduk hilang tempat tinggal, manakala 16,367 daripadanya telah ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara.

Selain itu, kira-kira 6,000 kediaman dinaiki air manakala 5,500 lagi musnah.

Siklon Tropika Freddy dijangka bergerak meninggalkan pantai barat Madagascar dan kembali melanda Mozambique menjelang akhir minggu ini.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.