- Iklan -
Berita

Jeneral bersara Nato angkat sumpah presiden Czech

Dalam ucapan perasmiannya, Petr Pavel berikrar untuk menyatukan negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden baharu Republik Czech Petr Pavel. Gambar: Reuters
Presiden baharu Republik Czech Petr Pavel. Gambar: Reuters

Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Petr Pavel mengangkat sumpah sebagai presiden keempat Republik Czech di Istana Prague pada Khamis.

Dalam ucapan perasmiannya, Pavel berikrar untuk menyatukan negara, lapor Xinhua.

“Bersama-sama kita menempuh cabaran, dan hanya dengan bersatu kita mampu menanganinya,” katanya.

Pavel sebelum ini berkhidmat sebagai ketua jawatankuasa tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Beliau memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Czech pada Januari tahun ini dengan memperoleh 58.32% undian, menewaskan bekas perdana menteri Andrej Babis 41.67%.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.