Sebuah pesawat Korean Air Lines Co Ltd dengan 230 orang di dalamnya dipindahkan pada pagi Jumaat selepas dua peluru hidup ditemui sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, kata polis.
Menurut polis, pesawat ke Manila itu yang pada asalnya dijadualkan berlepas pada 7.45 pagi waktu tempatan, terpaksa berlepas lewat dari Incheon kira 11 pagi, selepas pemeriksaan keselamatan mendapati tiada risiko keganasan.
Peluru 9 milimeter itu ditemui seorang penumpang sejurus sebelum pesawat itu berlepas bersama 218 penumpang dan 12 anak kapal, menyebabkan ia perlu kembali semula ke terminal.
"Kami sedang meneliti bagaimana peluru tersebut boleh dibawa masuk ke dalam pesawat," kata seorang pegawai polis.
Seorang pegawai Korean Air berkata syarikat penerbangan itu sedang memantau hasil siasatan polis.
Korea Selatan mempunyai undang-undang senjata api yang ketat dengan pemilikan secara haram senjata api yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sehingga AS$75,300 (kira-kira RM340,000).