- Iklan -
Luar Sana

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu jelajah dari kapal selam

Peluru berpandu itu dilaporkan mengenai sasaran di Laut Jepun selepas merentasi perjalanan sejauh 1,500 kilometer selama 7,563 hingga 7,575 saat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Korea Utara melepaskan dua peluru berpandu dari kapal selam di lokasi yang tidak didedahkan, 12 Mac. Gambar ini dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara. Gambar: Reuters
Korea Utara melepaskan dua peluru berpandu dari kapal selam di lokasi yang tidak didedahkan, 12 Mac. Gambar ini dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara. Gambar: Reuters

Korea Utara memaklumkan pihaknya menguji dua "peluru berpandu jelajah strategik" dari sebuah kapal selam menjelang latihan ketenteraan Amerika Syarikat-Korea Selatan akan datang, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari kapal selam Yongung 8.24 pada pagi Ahad, Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Isnin.

Peluru berpandu itu dilaporkan mengenai sasaran di Laut Jepun selepas "merentasi perjalanan sejauh 1,500 kilometer (932 batu) selama 7,563 hingga 7,575 saat," menurut KCNA.

Latihan itu mengesahkan kebolehpercayaan sistem senjata baharu  dan "mengesahkan postur operasi semasa pencegahan perang nuklear".

Sementara itu, tentera Korea Selatan pada Isnin mendakwa bahawa Korea Utara telah melancarkan satu peluru berpandu yang tidak dikenali dari sebuah kapal selam, lapor Yonhap.

Peluru berpandu itu dilancarkan pada Ahad dari bandar pantai timur Korea Utara Sinpo, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS).

“Sambil memperkukuh kesiapsiagaan dan pemantauan, tentera kita mengekalkan postur kesediaan penuh dengan kerjasama erat dengan Amerika Syarikat,” menurut JCS dalam satu kenyataan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.