Roket baru China bawa manusia ke bulan dijangka beroperasi menjelang 2027
Menurut penyelidik, roket terbabit adalah untuk pelancaran kapal bermanusia generasi baharu dan pendarat bulan.
Terkini
Projek penyelidikan dan pembangunan roket pembawa manusia generasi baharu China berjalan lancar dan dijangka mula digunakan pada 2027.
Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China (CASC), Rong Yi, roket terbabit adalah untuk pelancaran kapal bermanusia generasi baharu dan pendarat bulan.
Kapasiti pengangkutan untuk orbit bulan pada masa depan adalah 27 tan manakala kemampuan pengangkutan bagi orbit di Bumi pula adalah sekitar 70 tan.
Sementara itu, pelbagai teknologi baharu seperti penerbangan pintar akan digunakan bagi memperhebat kebolehpercayaan roket pembawa generasi baharu itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.