- Iklan -
Luar Sana

11 maut, 17 terperangkap dalam letupan lombong di Colombia

Insiden berlaku di Sutatausa yang terletak kira-kira 45 batu dari ibu kota Bogota ketika lebih 30 pelombong sedang menjalankan aktiviti perlombongan bawah tanah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melihat dari luar ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat pelombong yang terperangkap berikutan letupan lombong di Sutatausa, Colombia, 15 Mac. Gambar: Reuters
Orang ramai melihat dari luar ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat pelombong yang terperangkap berikutan letupan lombong di Sutatausa, Colombia, 15 Mac. Gambar: Reuters

Sebelas pelombong terbunuh manakala 17 yang lain terperangkap dalam kejadian letupan di sebuah lombong di Colombia.

Insiden berlaku pada Selasa di Sutatausa yang terletak kira-kira 45 batu dari ibu kota Bogota ketika lebih 30 pelombong sedang menjalankan aktiviti perlombongan bawah tanah, menurut United Press International (UPI).

Pegawai tempatan berkata mereka percaya letupan itu disebabkan oleh pengumpulan gas. Sekurang-kurangnya empat orang yang berada di bawah tanah sempat melarikan diri.

Seorang pegawai bomba memberitahu media tempatan bahawa letupan bermula di satu lubang sebelum ia merebak ke empat lubang yang lain.

“Apa yang berlaku di lombong Sutatausa merupakan tragedi malang, dengan 11 orang maut. Kami sedang berusaha sedaya upaya bersama kerajaan Cundinamarca untuk menyelamatkan pekerja yang terperangkap,” lapor UPI memetik ciapan Presiden Colombia Gustavo Petro di Twitter pada Rabu.

Gabenor Cundinamarca Nicolas Garcia berkata anggota penyelamat tempatan sedang berusaha untuk memindahkan pelombong yang terperangkap. Setakat ini enam pelombong berjaya diselamatkan.

“Penyelamat sudah sampai ke tempat mangsa berada pada kedalaman 900 meter [2,952 kaki],” kata Garcia.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.