- Iklan -
Luar Sana

Macron gesa rakyat bertenang di sebalik kemarahan terhadap pembaharuan skim pencen

Keputusan kerajaan minggu lalu untuk menggunakan Perkara 49.3 perlembagaan bagi memaksa rang undang-undang diluluskan di Parlimen tanpa undi mencetuskan kemarahan di jalanan selepas beberapa minggu bantahan secara aman dianjurkan.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Polis Perancis bertelagah dengan penunjuk perasaan semasa demonstrasi menentang penggunaan Artikel 49.3 oleh kerajaan untuk memaksa rang undang-undang pembaharuan pencen diluluskan tanpa undian wakil rakyat, di Nantes, Perancis, 18 Mac. Gambar: Reuters
Polis Perancis bertelagah dengan penunjuk perasaan semasa demonstrasi menentang penggunaan Artikel 49.3 oleh kerajaan untuk memaksa rang undang-undang pembaharuan pencen diluluskan tanpa undian wakil rakyat, di Nantes, Perancis, 18 Mac. Gambar: Reuters

Presiden Perancis Emmanuel Macron berharap pelan pembaharuan skim pencen dicadangkannya yang mendapat perhatian ramai, dan diluluskan secara paksa di Parlimen tanpa undian, dapat menyelesaikan "perjalanan demokrasinya", sehari sebelum undian penting di Parlimen. 

Undang-undang kontroversi itu, yang menyebabkan bantahan berbulan-bulan di Parlimen dan di jalanan, akan diterima pakai di Parlimen Isnin ini melainkan salah satu daripada dua usul tidak percaya dalam kerajaan diluluskan. 

"Selepas berbulan-bulan perundingan politik dan sosial dan lebih 170 jam perbahasan yang menghasilkan undian teks kompromi antara (dua dewan Parlimen)..." Macron menyatakan hasratnya "agar teks mengenai pencen boleh sampai ke penghujungnya (perjalanan demokrasinya) dengan jayanya". 

Harapannya itu disampaikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat presiden kepada AFP.

Jika diluluskan, pembaharuan yang dicadangkan Macron itu akan meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 serta meningkatkan bilangan tahun individu yang perlu dibayar bagi menerima pencen penuh.

Keputusan kerajaan minggu lalu untuk menggunakan Perkara 49.3 perlembagaan bagi memaksa rang undang-undang itu diluluskan Parlimen tanpa undian telah mencetuskan kemarahan di jalanan selepas beberapa minggu bantahan secara aman dianjurkan. 

Dua ahli terkemuka parti sayap kanan Republikan, berkata mereka tidak akan menyokong usul tidak percaya, sambil melaporkan terdapat ancaman dan ugutan diberikan terhadap mereka semalam. 

Dua usul tidak percaya pada hari Isnin difailkan oleh sekumpulan kecil ahli Parlimen berpusat dan Perhimpunan Kebangsaan sayap kanan. 

Jika usul tidak percaya itu berjaya, seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan pemerhati, timbalan menteri berhaluan kiri berkata mereka akan merayu kepada Majlis Perlembagaan, untuk mencabar langkah kerajaan memaksa rang undang-undang itu diluluskan.

"Tidak akan ada majoriti untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ia akan menjadi detik kebenaran," kata Menteri Kewangan Bruno Le Maire mengenai dua usaha untuk menggulingkan kabinet yang dirancang pada petang Isnin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.