- Iklan -
Luar Sana

70 ditahan susulan protes pembaharuan pencen di Paris

Pada awal Isnin, penunjuk perasaan dan polis bertelagah selepas dua undi tidak percaya terhadap kerajaan berhubung pembaharuan pencen.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota bomba Perancis memadamkan kebakaran pada timbunan sampah yang dilakukan oleh penunjuk perasaan ketika bantahan pelaksanaan pembaharuan skim pencen di Paris, 20 Mac. Gambar: Reuters
Anggota bomba Perancis memadamkan kebakaran pada timbunan sampah yang dilakukan oleh penunjuk perasaan ketika bantahan pelaksanaan pembaharuan skim pencen di Paris, 20 Mac. Gambar: Reuters

Polis menahan 70 orang di Paris pada petang Isnin yang membantah pelaksanaan pembaharuan skim pencen oleh Perhimpunan Kebangsaan Perancis (Dewan Rakyat), lapor BFMTV memetik sumber polis.

Pada awal Isnin, penunjuk perasaan dan polis bertelagah selepas dua undi tidak percaya terhadap kerajaan berhubung pembaharuan pencen.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne mengumumkan bahawa kerajaan menerima pakai undang-undang untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun mengikut Perkara 49.3 Perlembagaan yang membenarkan rang undang-undang itu diluluskan tanpa kelulusan Parlimen.

Keputusan itu mencetuskan bantahan meluas dan mendorong orang ramai turun ke jalan raya di seluruh negara dan pada Khamis sahaja, lebih 300 orang ditahan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.