- Iklan -
Luar Sana

2 banduan AS guna berus gigi, loloskan diri demi pankek

Mereka ditahan pada sebelah pagi di sebuah cawangan rangkaian restoran pankek Ihop.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Imej yang dikeluarkan oleh Newport News Jail Annex menunjukkan lubang yang digali oleh banduan John Garza dan Arley Nemo untuk melarikan diri dari penjara pada 20 Mac. Gambar: AFP
Imej yang dikeluarkan oleh Newport News Jail Annex menunjukkan lubang yang digali oleh banduan John Garza dan Arley Nemo untuk melarikan diri dari penjara pada 20 Mac. Gambar: AFP

Umpama satu percutian singkat, dua banduan Amerika Syarikat menggali lubang keluar dari penjara dengan menggunakan berus gigi – tetapi mereka berjaya ditahan beberapa jam kemudian di sebuah restoran pankek. 

Kedua-dua banduan itu, yang dikenali sebagai John Garza, 37, dan Arley Nemo, 43, dilaporkan hilang dari Newport News Jail Annex petang Isnin di negeri Virginia. 

Mereka menggunakan alat sementara yang diperbuat daripada berus gigi dan objek logam untuk mengambil kesempatan akibat kecacatan binaan di dinding penjara untuk mendapatkan akses kepada tetulang besi yang digunakan dalam pembinaan. 

Menggunakan palang tetulang, mereka menebuk lubang di dinding itu dan memanjat satu lagi untuk melarikan diri. 

Namun kebebasan mereka adalah singkat, kerana mereka ditangkap pada awal pagi Selasa di cawangan rangkaian restoran pankek Ihop di bandar Hampton. 

Kenyataan syerif itu tidak menyatakan sama ada banduan tersebut berada di dalam atau di luar restoran ketika mereka ditangkap.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memerhati Garza dan Nemo di Ihop dan memaklumkannya kepada pihak penguat kuasa undang-undang. Ia menguatkan apa yang selalu kami katakan, 'lihat sesuatu, katakan sesuatu,' kata Syerif Gabe Morgan dalam satu kenyataan. 

Menurut kenyataan itu, Garza ditahan atas pertuduhan menghina mahkamah dan terlibat dengan jenayah lain, manakala Nemo disabitkan atas kesalahan penipuan dan pemalsuan kad kredit. 

Pejabat syerif tidak akan mendedahkan dengan tepat bagaimana lelaki itu mengeksploitasi kecacatan dalam pembinaan penjara. 

"Disebabkan kelemahan ini muncul di seluruh kemudahan, dan sehingga semua kelemahan dikenal pasti dan dijamin, kami tidak akan membincangkan situasi itu dengan lebih lanjut atas sebab keselamatan,"kata kenyataan itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.