- Iklan -
Luar Sana

Kapal perang AS ceroboh perairan di Laut China Selatan, kata tentera China

AS menjalinkan pakatan di Asia-Pasifik untuk menentang ketegasan China di Laut China Selatan dan Selat Taiwan, ketika Beijing berusaha untuk meneruskan tuntutan ke atas wilayahnya.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang diambil pada 5 Februari, menunjukkan nelayan Filipina melepasi kapal pengawal pantai China di Scarborough Shoal, kawasan pertikaian di Laut China Selatan. Gambar: AFP
Gambar yang diambil pada 5 Februari, menunjukkan nelayan Filipina melepasi kapal pengawal pantai China di Scarborough Shoal, kawasan pertikaian di Laut China Selatan. Gambar: AFP

Tentera China berkata, pihaknya sedang memantau dan menghalau kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) yang memasuki perairan Kepulauan Paracel di Laut China Selatan secara haram. 

Menurut tentera dalam satu kenyataan, tanpa kelulusan kerajaan, kapal pemusnah peluru berpandu Milius secara haram menceroboh perairan wilayah China, menjejaskan keamanan dan kestabilan di laluan yang sibuk. 

"Pasukan ketenteraan akan mengekalkan keadaan berjaga-jaga yang tinggi pada setiap masa dan mengambil semua langkah yang perlu untuk menjaga kedaulatan negara, keselamatan serta keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan," kata Tian Junli, jurucakap Pasukan Tentera di Selatan China.

Ketegangan antara AS dan China semakin meningkat di kawasan itu. 

AS menjalinkan pakatan di Asia-Pasifik untuk menentang ketegasan China di Laut China Selatan dan Selat Taiwan, ketika Beijing berusaha untuk meneruskan tuntutan ke atas wilayahnya.