- Iklan -
Luar Sana

Parlimen Sweden lulus rang undang-undang sertai Nato

Sweden dan jirannya Finland memohon untuk menyertai pakatan tentera trans-Atlantik itu tahun lalu sebagai tindak balas kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Speaker Andreas Norlen ketika menghadiri undian di Parlimen Sweden berhubung penyertaan negara itu ke dalam Nato di Stockholm, Sweden, 22 Mac. Gambar: Reuters
Speaker Andreas Norlen ketika menghadiri undian di Parlimen Sweden berhubung penyertaan negara itu ke dalam Nato di Stockholm, Sweden, 22 Mac. Gambar: Reuters

Parlimen Sweden pada Rabu secara rasmi meluluskan rang undang-undang untuk membenarkan negara itu menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ketika memohon ratifikasi oleh kesemua 30 ahli perikatan itu, satu proses yang mana masih menunggu pengesahan akhir. 

Sweden dan jirannya Finland memohon untuk menyertai pakatan tentera trans-Atlantik itu tahun lalu sebagai tindak balas kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. 

Tetapi proses itu disekat oleh Turkiye bersama-sama Hungary yang masih belum meratifikasi keahlian dua negara berkenaan. 

Seperti dijangka, rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti besar – 296 menyokong dan 37 undi menentang – dengan Left dan Greens yang satu-satunya parti kecil menentang cadangan itu. 

Jika Sweden diterima dalam perikatan itu, ia akan menamatkan dua abad ketidakselarasan tentera untuk negara itu. 

Sweden khususnya, menghadapi bantahan dari Turkiye, yang mengatakan Stockholm menyimpan ahli kumpulan pengganas – tuduhan yang dinafikan Sweden – dan menuntut ekstradisi mereka sebagai satu syarat ke arah memberi kebenaran kepada keahlian negara itu dalam Nato.

Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom ketika berucap di Parlimen berkata beliau optimis mengenai peluang Sweden untuk menyertai pakatan itu menjelang sidang kemuncak Nato di Vilnius, Lithuania pada Julai. 

"Tidak perlu dikatakan bahawa kami akan dapat menjadi ahli di Vilnius," katanya sebelum pengundian.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan minggu lalu berkata parlimen negara itu akan mula meratifikasi penyertaan Finland tetapi menangguhkan kelulusan ke atas Sweden. 

Begitu juga, badan perundangan Hungary berkata pada hari yang sama ia akan mengundi ratifikasi penyertaan Finland pada 27 Mac, tetapi bukan Sweden.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.