- Iklan -
Luar Sana

Korea Utara uji dron senjata nuklear dasar laut

Senjata itu direka untuk mencipta ‘tsunami radioaktif’ untuk memusnahkan kapal tentera laut musuh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan anak perempuannya Kim Ju Ae menonton latihan peluru berpandu di lokasi yang tidak didedahkan. Gambar ini dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara pada 20 Mac. Gambar: Reuters

Korea Utara menguji dron Haeil yang mampu membawa senjata nuklear dari dasar laut dan melancarkan ujian kepala peledak di Laut Jepun, Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea yang dikendalikan kerajaan ( KCNA) pada Jumaat.

Latihan itu dilaksanakan di luar pantai Daerah Riwon pada Selasa, mencapai titik sasaran di perairan Teluk Hongwon, menurut laporan itu.

Dron itu bergerak pada kedalaman 80 hingga 150 meter (dari 262 hingga 492 kaki) di Laut Jepun selama 59 jam dan 12 minit.

Senjata itu direka untuk mencipta ‘tsunami radioaktif’ untuk memusnahkan kapal tentera laut musuh.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.