Pakatan Aukus mungkin cetus perlumbaan senjata, kata China
AS, Australia dan Britain mendedahkan butiran rancangan untuk menyediakan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear seawal 2030-an untuk menyekat kemaraan China di Indo-Pasifik.
Terkini
Kerjasama kapal selam nuklear antara Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Britain mungkin mencetuskan perlumbaan senjata, kata kementerian luar China pada Khamis.
"Apabila 'pandora’s box' dibuka, imbangan strategik serantau akan terganggu, keselamatan serantau akan terancam secara serius," kata Tan Kefei, jurucakap kementerian pertahanan China, semasa taklimat akhbar.
AS, Australia dan Britain bulan ini mendedahkan butiran rancangan untuk menyediakan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear seawal 2030-an untuk menyekat kemaraan China di Indo-Pasifik.
"China dengan tegas menentang penubuhan apa yang dipanggil sebagai 'perkongsian keselamatan tiga hala' antara AS, United Kingdom dan Australia. Pakatan kecil yang didominasi oleh mentaliti perang dingin ini tidak berguna dan amat berbahaya," kata Tan.
Tan menambah kerjasama sedemikian adalah lanjutan daripada dasar pencegahan nuklear negara-negara individu, alat permainan untuk membina "versi Asia-Pasifik Nato" dan menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik secara serius.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.