- Iklan -
Luar Sana

Trump didakwa berhubung kes bayar sejumlah wang untuk tutup mulut

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden AS Donald Trump berucap sewaktu perhimpunan pertama sempena kempen pemilihan presiden di Lapangan Terbang Wilayah Waco di Waco, Texas, 25 Mac. Gambar: Reuters
Bekas presiden AS Donald Trump berucap sewaktu perhimpunan pertama sempena kempen pemilihan presiden di Lapangan Terbang Wilayah Waco di Waco, Texas, 25 Mac. Gambar: Reuters

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem 'lucah' , lapor Agensi Berita Xinhua.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

"Presiden Trump didakwa. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah," menurut kenyataan itu.

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan akan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.

Bragg dan pembantunya telah menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar  sebanyak AS$130,000 (kira-kira RM574,425) kepada Stormy Daniels menjelang pilihan raya presiden 2016.

Bayaran itu bertujuan untuk menghalang Daniels daripada mendedahkan kepada umum tentang dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006.

Trump dari parti Republikan yang menjadi presiden AS. berkhidmat dari 2017 hingga 2021, menafikan dakwaan itu serta menolak sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.

Kes itu mendapat tumpuan memandangkan belum ada bekas presiden AS yang pernah didakwa atas pertuduhan jenayah apatah lagi tatkala Trump dikatakan mahu bertanding semula dalam pemilihan presiden akan datang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.