- Iklan -
Luar Sana

Polis Israel serang jemaah di Masjid Al Aqsa

Polis Israel mendakwa mereka terpaksa memasuki perkarangan masjid itu kerana beberapa individu dipercayai 'perusuh' membawa mercun, kayu serta batu berada di dalam masjid dan menguncinya.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis sempadan Israel memasang pagar berhampiran perkarangan Masjid Al Aqsa yang juga dikenali sebagai Temple Mount oleh orang Yahudi, manakala ketegangan timbul semasa pertempuran dengan penduduk Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, 5 April. Gambar: Reuters
Anggota polis sempadan Israel memasang pagar berhampiran perkarangan Masjid Al Aqsa yang juga dikenali sebagai Temple Mount oleh orang Yahudi, manakala ketegangan timbul semasa pertempuran dengan penduduk Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, 5 April. Gambar: Reuters

Polis Israel menyerang puluhan jemaah di perkarangan Masjid Al Aqsa Baitulmaqdis awal pagi tadi sebelum subuh, menurut saksi.

Rejim Zionis itu mendakwa mereka bertindak balas terhadap rusuhan.

Menurut Palang Merah Palestin melaporkan kecederaan tetapi tidak menjelaskan secara terperinci berapa ramai mangsa yang cedera. 

Pasukan tersebut dalam satu kenyataan berkata tentera Israel menghalang pegawai perubatannya daripada memasuki masjid berkenaan. 

“Saya sedang duduk di atas kerusi sambil mengaji (Al-Quran),” kata seorang wanita warga emas kepada Reuters sambil duduk di luar masjid, Beliau dilihat semput dan cuba menarik nafas.

"Mereka melontar bom tangan, satut daripadanya terkena dada saya," katanya sebelum menangis. 

Polis Israel dalam satu kenyataan pula mendakwa mereka terpaksa memasuki perkarangan masjid itu kerana beberapa individu dipercayai "perusuh" membawa mercun, kayu serta batu berada di dalam masjid dan menguncinya.

"Apabila polis masuk, mereka dibaling batu dan mercun dibakar dari dalam masjid oleh sekumpulan perusuh," dakwa pihak Israel itu sambil memaklumkan bahawa seorang anggota polis mengalami kecederaan di kaki.

Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sejak setahun lalu dengan ketegangan terus memuncak bulan ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dalam Ramadan yang mulia dan pada masa sama terdapat sambutan keagamaan Yahudi.

Insiden di perkarangan Masjid Al Aqsa, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, telah mencetuskan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kumpulan Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap jemaah, sekali gus menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai jenayah.

"Kita memberi amaran kepada penjajah supaya tidak melampaui garisan merah di tapak suci, yang akan membawa kepada ledakan (tindak balas) besar," kata Nabil Abu Rudeineh, jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.