- Iklan -
Luar Sana

Tentera Israel serbu Masjid Al Aqsa 2 hari berturut-turut

Tentera Israel menyerbu Balai Solat Al-Qibli selepas solat tarawih, melemparkan bom tangan dan memukul jemaah Palestin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis Israel melakukan pemantauan berhampiran perkarangan Al-Aqsa yang juga dikenali sebagai Temple Mount oleh kaum Yahudi, manakala ketegangan timbul semasa pertempuran dengan penduduk Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, 5 April 2023. Gambar: Reuters

Tentera Israel pada Rabu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk kali kedua berturut-turut.

Saksi memberitahu Agensi Anadolu, tentera Israel menyerbu Balai Solat Al-Qibli selepas solat tarawih, melemparkan bom tangan dan memukul jemaah Palestin.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata pasukan perubatan telah merawat enam rakyat Palestin di lokasi kejadian, dua daripada mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut akhbar Israel Yedioth Ahronoth, rakyat Palestin didakwa bertindak membaling batu dan bunga api ke arah tentera Israel.

Sebelum ini, kira-kira  350 jemaah ditahan dalam serbuan pertama tentera Israel ke atas masjid berkenaan.  

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka tidak dibenarkan berada di Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.