- Iklan -
Luar Sana

Bangunan Parlimen Belanda terpaksa dikosongkan susulan ancaman bom palsu

Polis tempatan berkata pasukan pemusnah bom digerakkan untuk menyiasat sebuah bungkusan yang didakwa mengandungi bahan letupan tersebut di pusat bandar The Hague.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli politik anti-Islam Belanda Geert Wilders. Gambar: Reuters
Ahli politik anti-Islam Belanda Geert Wilders. Gambar: Reuters

Bangunan Parlimen Belanda terpaksa dikosongkan seketika selepas menerima ancaman bom semalam. Bagaimanapun, ancaman tersebut adalah palsu.

Polis tempatan berkata pasukan pemusnah bom digerakkan untuk menyiasat sebuah bungkusan yang didakwa mengandungi bahan letupan tersebut di pusat bandar The Hague.

Orang ramai kemudiannya dibenarkan masuk semula kira-kira sejam selepas diarahkan mengosongkan bangunan tersebut.

Ahli politik anti-Islam Belanda Geert Wilders menyifatkan ancaman bom palsu itu ditujukan kepadanya. 

"Bungkusan berisi ‘teddy bear’ berserta wayar yang dialamatkan kepada saya telah dihantar ke bilik mel Parlimen", kata Wilders dalam catatan di Twitter. 

"Nasib baik tiada bahan letupan dan tidak berbahaya, tetapi sudah tentu ini tidak menyeronokkan."

Wilders, pemimpin paling kanan parti kedua terbesar di Belanda, Freedom Party, telah diletakkan di bawah langkah keselamatan yang ketat selama bertahun-tahun kerana ancaman bunuh.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.