- Iklan -
Luar Sana

WHO beri amaran pandemik Covid-19 masih belum berakhir

Ia menjangkakan ‘lebih banyak corak penularan yang boleh diramalkan'.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan melepasi mural bertemakan Covid-19 di sebatang jalan di Mumbai, India, 28 Mac. Gambar: Reuters
Seorang wanita berjalan melepasi mural bertemakan Covid-19 di sebatang jalan di Mumbai, India, 28 Mac. Gambar: Reuters

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

Menurut badan kesihatan dunia itu, mungkin terdapat masalah lebih lanjut sebelum virus itu merebak ke dalam corak yang boleh diramal. 

Sejak 28 hari lalu, lebih 23,000 kematian dan tiga juta kes baharu telah dilaporkan kepada WHO, dalam konteks ujian yang dikurangkan. 

Meskipun jumlahnya semakin berkurangan, namun "masih ramai orang yang mati dan masih ramai orang yang sakit", kata pengarah kecemasan WHO Michael Ryan dalam sidang media. 

Beliau berkata virus yang mengganggu sistem pernafasan itu masih tidak berubah daripada pandemik kepada fasa endemik, sebaliknya bergerak ke tahap aktiviti rendah dengan potensi kemuncak wabak bermusim. 

"Kami tidak mematikan suis pandemik," kata Ryan. 

"Kemungkinan besar kita akan melihat... lebih banyak corak penularan yang boleh diramal.”

Jawatankuasa Kecemasan WHO mengenai Covid-19 bermesyuarat setiap tiga bulan dan akan berhimpun pada awal Mei. 

Seperti pada mesyuarat sebelumnya, ia akan memutuskan sama ada virus itu masih merupakan Kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) – tahap amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh agensi kesihatan PBB. 

WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai PHEIC pada 30 Januari 2020, apabila terdapat kurang 100 kes dan tiada kematian di luar China. 

Namun, selepas Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan situasi itu sebagai pandemik pada Mac 2020 barulah dunia mula bertindak. 

Ryan berkata virus itu tidak akan dihapuskan dan akan berjangkit seperti influenza dan masih boleh menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk kepada individu yang terdedah.

Katanya, sesetengah negara masih mempunyai populasi penduduk yang sangat terdedah dan tidak divaksinasi, manakala di negara lain Covid bukan lagi berada pada fasa darurat.

Jawatankuasa Covid-19 menyampaikan nasihatnya kepada Tedros – yang mempunyai kata putus - sama ada virus itu masih merupakan PHEIC ataupun tidak. 

"Saya berharap apabila jawatankuasa kecemasan bermesyuarat pada bulan Mei, mereka akan mendapat nasihat yang positif untuk diberikan kepada Dr Tedros mengenai penilaian mereka tentang wabak itu dan kewujudan atau tidak PHEIC," kata Ryan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.