Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera
Gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.
Terkini
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 4 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.
"Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.
Bagaimanapun, gempa tersebut tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Pihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.