- Iklan -
Luar Sana

Walt Disney Co mula buang pekerja dalam gelombang kedua, kata sumber

Syarikat itu dijangka menghapuskan ‘beberapa ribu’ pekerjaan dalam langkah pemberhentian pekerja kali ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkumpul di taman tema Magic Kingdom sebelum perarakan ‘Festival of Fantasy’ di Walt Disney World di Orlando, Florida, Amerika Syarikat pada 30 Julai 2022. Gambar: Reuters
Orang ramai berkumpul di taman tema Magic Kingdom sebelum perarakan ‘Festival of Fantasy’ di Walt Disney World di Orlando, Florida, Amerika Syarikat pada 30 Julai 2022. Gambar: Reuters

Walt Disney Co akan memulakan gelombang kedua pemberhentian pekerja pada hari Isnin ini, dalam usaha syarikat itu menghapuskan 7,000 pekerjaan bagi membantu menjimatkan kos operasi berjumlah AS$5.5 bilion (kira-kira RM24.4 bilion), menurut sumber yang mengetahui perkara itu. 

Syarikat itu dijangka membuang "beberapa ribu" pekerjaan dalam pemberhentian yang bermula Isnin dan berterusan hingga Khamis.

Pegawai Disney berkata syarikat itu akan menghapuskan sejumlah 4,000 pekerjaan dalam pusingan terbaru itu. 

Menurut sumber, pembuangan itu akan berlaku di seluruh segmen perniagaan syarikat, termasuk Disney Entertainment, ESPN dan Disney Parks, Experiences and Products, tetapi tidak dijangka menjejaskan pekerja barisan hadapan setiap jam yang bekerja di taman dan pusat peranginan. 

Disney mengumumkan rancangan pemberhentiannya pada Februari, bersama-sama dengan penyusunan semula menyeluruh yang menstruktur semula syarikat serta mengembalikan pembuatan keputusan kepada eksekutif kreatif Disney. 

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan pendekatan yang lebih diperkemas kepada perniagaannya.

Industri hiburan berdepan aktiviti pemberhentian pekerja sejak kemunculan teknologi penstriman video, ketika syarikat media yang ditubuhkan kerugian berbilion-bilion apabila mereka melancarkan pesaing kepada Netflix Inc. 

Syarikat media mula mengekang perbelanjaan apabila Netflix mencatatkan kemerosotan jumlah pelanggan pertamanya dalam tempoh satu dekad pada awal 2022, dan Wall Street mula mengutamakan keuntungan berbanding pertumbuhan pelanggan. 

Pada 27 Mac, Disney mula memaklumkan pekerja yang terjejas oleh pengurangan tenaga kerja, dan berkata pusingan kedua yang lebih besar akan berlaku pada April. 

Pusingan ketiga dijangka sebelum permulaan musim panas.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.