Turkiye nafi dakwaan tidak berasas mengenai kesihatan Erdogan
Terdahulu, tular di media sosial bahawa Erdogan mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital.
Terkini
Türkiye pada Rabu menolak "dakwaan tidak berasas" mengenai kesihatan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
"Kami menolak dakwaan tidak berasas berkenaan kesihatan Presiden @RTErdogan. Presiden akan menghadiri pembukaan loji tenaga nuklear esok melalui persidangan video," menurut Anadolu Agency, memetik ciapan Twitter Pengarah Komunikasi negara itu Fahrettin Altun.
"Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hakikat bahawa rakyat Turkiye berdiri bersama pemimpin mereka dan @RTErdogan dan Parti AK (Keadilan dan Pembangunan) beliau bersedia untuk memenangi pilihan raya 14 Mei," tambah Altun.
Pusat direktorat untuk memerangi maklumat salah juga berkata dakwaan yang dikongsi di beberapa akaun media sosial bahawa Presiden Erdogan "mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital" tidak benar.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.