- Iklan -
Luar Sana

Tentera Ukraine dakwa berjaya musnah 35 dron dilancar Rusia

Semua dron itu adalah jenis Shahed buatan Iran.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk tempatan memeriksa sebahagian dron jenis Shahed buatan Iran yang ditembak jatuh susulan serangan Rusia ke atas Ukraine, 8 Mei. Gambar: Reuters
Penduduk tempatan memeriksa sebahagian dron jenis Shahed buatan Iran yang ditembak jatuh susulan serangan Rusia ke atas Ukraine, 8 Mei. Gambar: Reuters

Komando tentera tertinggi Ukraine mendakwa anggota tenteranya berjaya memusnahkan semua 35 buah dron jenis Shahed buatan Iran yang dilancarkan Rusia semalaman pada sasaran berbeza di seluruh negara. 

“Persekutuan Rusia (juga) melancarkan 16 serangan peluru berpandu malam tadi, khususnya di bandar Kharkiv, Kherson, Mykolaiv dan wilayah Odesa,” kata Staf Am Angkatan Tentera Ukraine dalam kemas kini hariannya. 

Beliau menambah, 61 serangan udara dan 52 serangan daripada sistem tembakan salvo roket berat telah dilancarkan beberapa hari lalu ke atas kedudukan tentera Ukraine dan kawasan berpenduduk.

"Malangnya, terdapat orang awam yang maut dan cedera, bangunan tinggi, rumah persendirian dan infrastruktur awam lain telah rosak," katanya. 

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu. 

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kyiv Klitschko berkata bahawa sekurang-kurangnya lima orang cedera di ibu negara tersebut di tengah-tengah kerosakan yang dilakukan ke atas bangunan dan infrastruktur.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.