- Iklan -
Luar Sana

Twitter akan dapat CEO baru 6 minggu lagi, kata Elon Musk

Elon Musk bagaimanapun tidak mendedahkan nama CEO baru itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar Elon Musk dilihat melalui logo Twitter dalam ilustrasi ini yang diambil pada 28 Oktober 2022. Gambar: Reuters
Gambar Elon Musk dilihat melalui logo Twitter dalam ilustrasi ini yang diambil pada 28 Oktober 2022. Gambar: Reuters

Elon Musk pada Khamis mengumumkan Twitter akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu kira-kira enam minggu lagi, membolehkannya memberi tumpuan kepada peranan pengerusi eksekutif.

Dalam ciapannya mengenai pengumuman itu, Musk tidak mendedahkan nama CEO baharu berkenaan namun berkata: "beliau (wanita) akan memulakan tugasnya dalam enam minggu” lapor United Press International (UPI).

Menurut Musk, menerusi peranan baharunya itu, beliau akan menyelia "produk, perisian dan operator sistem."

Mac lalu, memo dalaman daripada Musk yang didedahkan, menunjukkan nilai Twitter berkurang separuh daripada anggaran harga pembelian AS$44 bilion enam bulan sebelumnya.

Susut nilai itu kebanyakannya dikaitkan dengan kepimpinan Musk dalam syarikat media sosial dan keputusan terbaharu beliau yang menjejaskan kepercayaan pengguna.

Musk secara kontroversi melabelkan beberapa organisasi berita, termasuk NPR, mempunyai kaitan dengan kerajaan. Malah British Broadcasting Corporation (BBC) turut mengemukakan bantahan kerana dilabelkan sebagai media yang dibiayai oleh kerajaan, dakwaan serupa turut dikenakan ke atas The Canadian Broadcasting Corporation awal tahun ini.

Selain itu, Pihak Berkuasa Transit Metropolitan New York City bulan lalu berkata pihaknya tidak akan lagi menggunakan Twitter untuk menyiarkan kemas kini transit mereka, menyifatkannya tidak boleh dipercayai.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.