- Iklan -
Luar Sana

Jepun berdepan cuaca panas melampau

Agensi Meteorologi Jepun menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berdepan strok haba.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita terpaksa menggunakan payung sewaktu berjalan melintasi susunan pokok hiasan yang membentuk perkataan ‘G7 Hiroshima’ berhampiran Muzium Memorial Keamanan, menjelang Sidang Kemuncak G7, di Hiroshima, Jepun, 17 Mei. Gambar: Reuters

Suhu di seluruh Jepun pada Rabu dijangka mencatat bacaan tertinggi setakat tahun ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

JMA menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berdepan strok haba.

Menurut agensi terbabit, fenomena Foehn, di mana angin panas dari pergunungan mendorong peningkatan suhu, menyebabkan bacaan suhu meningkat dan mengakibatkan cuaca kering di sebahagian besar kawasan Pasifik, timur dan utara Jepun, lapor Xinhua.

Beberapa kawasan mencatat suhu tinggi yang kebiasaannya hanya direkodkan pada Jun atau Julai.

Cuaca panas pada siang hari boleh mencecah sekitar 36 darjah Celsius di Bandar Maebashi Prefektur Gunma dan 35 darjah Celcius di Bandar Chichibu Wilayah Saitama, menurut JMA.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi