- Iklan -
Luar Sana

Kejayaan Michelle Yeoh jadi pembakar semangat pelakon Asia, kata Gong Li

Beliau berkata perjalanan karier Yeoh adalah 'sangat istimewa' dan 'sangat panjang'.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pelakon terbaik China, Gong Li melambai ke arah media sewaktu muncul di Festival Filem Cannes di Perancis, 16 Mei. Gambar: Reuters
Pelakon terbaik China, Gong Li melambai ke arah media sewaktu muncul di Festival Filem Cannes di Perancis, 16 Mei. Gambar: Reuters

Salah seorang pelakon terbaik China, Gong Li memberitahu Reuters bahawa kejayaan Michelle Yeoh di pentas Oscars dan Golden Globes baru-baru menjadi pembakar semangat kepada pelakon Asia. 

“Sejak awal wabak hingga sekarang, sebenarnya industri perfileman tidak begitu rancak, tidak seperti sebelum ini, jadi anugerahnya juga sebagai galakan,” kata Gong. 

Yeoh memenangi pelakon wanita terbaik di kedua-dua anugerah itu tahun lepas untuk peranannya dalam pengembaraan filem bertajuk "Everything Everywhere All at Once." 

"Ia benar-benar perjalanan yang sangat istimewa, dan perjalanan yang sangat panjang," kata Gong.

"Baiklah, tahniah kepadanya, kerana saya juga menganggapnya sebagai dorongan kepada rakan pelakon Asia untuk memasuki dunia." 

Gong, yang terkenal sebagai bintang filem Cina dengan karya seperti "Red Sorghum" dan "Farewell My Concubine" pada 1993, sebelum mendapat pengiktirafan meluas dalam filem Hollywood seperti "Memoirs of a Geisha" pada 2005, kembali muncul dalam Festival Filem Cannes minggu ini selepas pandemik selama tiga tahun lalu.

"Pertama sekali, semua orang benar-benar perlu keluar, keluar, keluar rumah, dan pergi ke luar negara untuk melihat dunia, untuk kembali seperti dahulu," kata Gong, yang hadir ke Cannes lebih dua dekad termasuk dijemput menjadi juri Palme d'Or pada 1997. 

China menarik balik dasar sifar-Covid yang ketat, yang menutup pintu sempadannya untuk kebanyakan perjalanan antarabangsa, akhir tahun lalu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.