- Iklan -
Luar Sana

Korban Covid-19 menyamai 337 juta tahun hayat manusia

Anggaran itu diterbitkan di dalam buku tahunan statistik WHO, yang disiarkan pada Jumaat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengamal perubatan memakai sut pelindung diri lengkap ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikhususkan kepada pesakit Covd-19 di sebuah hospital di Wuhan, China, 6 Februari 2020. Gambar: Reuters

Angka kematian akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia dianggarkan menyamai tempoh 336.8 juta tahun hayat manusia, menurut data baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi menunjukkan tahap sebenar wabak itu, lapor Jerman agensi berita Jerman (dpa).

WHO mengaitkan sejumlah 14.9 juta kematian akibat Covid-19 pada 2020 dan 2021 sahaja.

Anggaran itu diterbitkan di dalam buku tahunan statistik WHO, yang disiarkan pada Jumaat.

Menurut WHO, pandemik Covid-19 juga memberi kesan negatif terhadap usaha global menentang penyakit berjangkit lain kerana vaksinasi dan perkhidmatan kesihatan lain terganggu.

Akibatnya, kadar vaksinasi terhadap campak, tetanus dan penyakit lain telah menurun, manakala penyakit malaria dan batuk kering telah meningkat, menurut WHO.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.